PROGRAM KEM PERINTIS MAHASISWA TA’ZIM
KARISMA TA’ZIM

Tujuan

Pelaksanaan Program Kem Perintis Mahasiswa Ta’zim (Karisma Ta’zim) adalah bertujuan untuk melahirkan generasi belia mahasiswa Johor yang berwawasan, iaitu memiliki jati diri anak Johor sejati dengan nilai pembangunan modal insan kelas pertama dan mampu menyumbangkan khidmat bakti kepada agama, bangsa, negeri dan negara, seterusnya mencipta kecemerlangan dalam setiap aspek dengan menerapkan nilai-nilai akademik, kepimpinan dan disiplin serta inovasi.

Tema Program

“MEMBINA INSAN BERKUALITI”

Objektif Program

1) Menyokong dan memenuhi KPI Yayasan Pelajaran Johor iaitu memperkasakan dan meningkatkan penglibatan anak Johor sebagai pemimpin mahasiswa di universiti.

2) Mengumpulkan para peminjam YPJ yang masih di dalam tempoh pembiayaan pinjaman YPJ agar mereka mengetahui dan memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar di bawah tajaan YPJ.

3) Membentuk mahasiswa Johor dengan jati diri dan sahsiah yang hebat serta memiliki nilai intelektual modal insan kelas pertama supaya menjadi bakal-bakal pemimpin yang berketerampilan dan berwawasan.

4) Mendedahkan kepada para peserta terhadap lanskap pembangunan ekonomi, politik dan isu kemasyarakatan yang sedang berlaku di Johor.

5) Memupuk semangat patriotisme terhadap negeri dan negara serta bersedia untuk menyumbang khidmat bakti.

PENYERTAAN

  • Penyertaan program ini adalah terbuka kepada semua mahasiswa Johor yang sedang menuntut di mana-mana institusi seluruh negara.
  • Mereka yang berminat untuk menyertai boleh mendaftar secara atas talian selepas hebahan penyertaan disiarkan di laman web dan facebook YPJ, atau mendaftar secara berkelompok melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar institusi masing-masing.
  • Penyertaan adalah PERCUMA.

DAFTAR SEKARANG

PELAKSANAAN

  • Program ini dianjurkan sebanyak 4 kali sesi dalam setahun dan diadakan bertempat di Kem Bina Semangat YPJ, Sekakap, Mersing.
  • Jadual penganjurannya adalah pada bulan Mac, Mei, Ogos dan Oktober.
  • Setiap sesi diadakan selama 3 hari 3 malam.
  • Modul yang didedahkan kepada para peserta adalah merangkumi Kepimpinan, Jati Diri, Nilai-nilai Johor, Pemantapan Minda dan Kerohanian.

DAFTAR SEKARANG