Sesi 1/2016 telah diadakan pada 24 hingga 27 Mac 2016 dan telah disertai oleh seramai 156 orang peserta.
Para peserta datangnya daripada 19 buah IPT seluruh negara : UTHM | MARSAH | INSTEDT | PUSPATRI | KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2 | UiTM Melaka | UiTM Negeri Sembilan | UiTM Shah Alam | USIM | KUIM | UIAM | UPM | UPSI | UMT | UNISZA | UMP | Politeknik Mersing | Politeknik Pagoh | KPTM Batu Pahat.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YB Puan Hamimah Binti Haji Mansor, ADUN Penawar. Beliau juga turut menyumbang hadiah wang tunai kepada kumpulan terbaik dan peserta terbaik. Tahniah kepada para peserta, fasilitator, motivator & panel undangan yang terlibat. Bagi yg terlepas untuk menyertai, nantikan sesi seterusnya pada Mei hadapan.